Hafidz Roshdi Bakal Kahwin Lagi? Bekas Isteri Kata Malas Nak Peduli

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkata beliau enggan mempedulikan dakwaan yang mengatakan Hafidz bakal berkahwin dengan wanita pilihannya, Athira Yuhada.

hafidz roshdi bakal kahwin lagi? bekas isteri kata malas nak peduli

Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan kad jemputan perkahwinan yang menyebut 16 Disember ini sebagai tarikh penyatuan Hafidz dan Athira.

hafidz roshdi bakal kahwin lagi? bekas isteri kata malas nak peduli

Shuhada bagaimanapun berkata beliau engan mengulas mengenai rancangan pernikahan itu dan juga enggan ambil peduli.

 

“Saya tak tahu, malas nak peduli.

“Saya memang tidak tahu mengenai itu (berita perkahwinan) dan memang enggan ambil kisah.

“Saya lebih sibuk dengan kehidupan sendiri dan menguruskan anak-anak. Apa pun saya sangat gembira dan berseronok dengan kehidupan kini. Alhamdulillah,” kata beliau.

 

Dalam pada itu, Shuhada berkata beliau sudah lama tidak tahu mengenai perkembangan terkini bekas suaminya itu.

 

Terdahulu, konflik rumahtangga Hafidz dan Shuhada berakhir apabila mereka disahkan bercerai talak satu pada 26 Julai lalu. Pasangan ini yang berkahwin pada April 2016, juga telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.

 

Sumber: Kosmo!