Lebih 17 Tahun Jadi Penyanyi & Komposer, Hael Husaini Kini Cuba Bidang Lakonan Pula

Selepas 17 tahun bergelar penyanyi dan komposer, Hael Husaini kini mengorak langkah mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan.

lebih 17 tahun jadi penyanyi & komposer, hael husaini kini cuba bidang lakonan pula

Pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi ini buat pertama kalinya bergelar pelakon menerusi watak Haque Zuhal dalam drama berjudul My Famous Ex Boyfriend yang dibawakan oleh Astro.

 

Menurut Hael, 36, beliau ingin mencuba perkara baharu dalam industri seni iaitu dunia lakonan yang belum pernah diceburi olehnya.

lebih 17 tahun jadi penyanyi & komposer, hael husaini kini cuba bidang lakonan pula

“Saya ingin cuba perkara baharu dalam industri seni dan lakonan merupakan cabang yang belum saya ceburi. Ini membuatkan saya teruja. Saya sanggup menjalani kelas lakonan hanya untuk drama My Famous Ex Boyfriend yang ditawarkan oleh pihak Astro ini,” kata Hael.

 

Tambahnya, meskipun jadual nyanyiannya padat, ia bukanlah satu halangan untuk beliau menjayakan drama tersebut.

 

“Hael telah tolak pelawaan beberapa pengarah sebelum ni, namun terpanggil dan bersetuju untuk menerima drama ini kerana kesesuaian watak yang diberikan oleh diri Hael sendiri,” ujar Hael.

lebih 17 tahun jadi penyanyi & komposer, hael husaini kini cuba bidang lakonan pula

Drama ‘My Famous Ex Boyfriend’ yang diadaptasi daripada ‘best selling novel’ karya Nurul Syahida Kamarudin bertajuk Petrichor ini bakal ditayangkan dalam slot Megadrama di saluran Astro Ria.

 

Sumber: Gempak