Malaysia Boleh Lihat Gerhana Bulan Penuh Petang Ini, 8 November 2022

Hari ini, 8 November 2022, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan.

malaysia boleh lihat gerhana bulan penuh petang ini, 8 november 2022

Perkara itu dimaklumkan Agensi Angkasa Malaysia (MySA) yang mana fenomena ini akan berlaku mulai jam 16:02 dan berakhir pada jam 21:56 waktu tempatan.

 

Menurut MySA, penduduk di negara ini berpeluang menyaksikan fenomena tersebut apabila Bulan mulai terbit di ufuk timur ketika ia mula mengalami fasa gerhana penuh bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, manakala bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung fenomena tersebut hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra berakhir pada jam 21:56:08.

malaysia boleh lihat gerhana bulan penuh petang ini, 8 november 2022

Oleh yang demikian, mereka yang ingin menyaksikan fenomena gerhana bulan ini dinasihatkan untuk berada di kawasan yang tidak mempunyai halangan di arah timur seperti kawasan yang tinggi ataupun pantai yang menghadap ke arah timur supaya dapat menyaksikan gerhana tersebut seawal mungkin.

malaysia boleh lihat gerhana bulan penuh petang ini, 8 november 2022

Dalam pada itu, umat Islam digalakkan untuk mengadakan solat sunat dan khutbah gerhana bersempena dengan gerhana bulan penuh hari ini.

 

 

 

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia / JAWI Official