Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mencuri tumpuan ramai apabila beliau berkongsi video dan foto dirinya sedang tidur dalam sebuah kenderaan.
Menerusi hantaran yang dibuat, penyanyi nombor satu negara itu dilihat tertidur bersama anak keduanya, Muhammad Afwa dalam sebuah kenderaan ketika dalam perjalanan menuju ke satu destinasi yang tidak disebut.
“Bila Ayah duduk depan, inilah hasilnya. Tapi Ayah kata ‘cute’ dua beranak ni. Sama labuh pipinya,” tulis hantaran tersebut.
Perkongsian itu telah mencuri perhatian ramai khususnya peminat yang rata-rata memuji keadaan penyanyi itu tertidur dengan mengekalkan wajah jelita beliau.
Malah, warganet turut terpikat melihat pipi kedua beranak ini yang dikatakan sama ‘labuh’.
Sumber: Instagram