Program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza kini kembali dengan musim baru serta barisan artis yang lebih gah bagi mengubat rindu peminat-peminat industri muzik tempatan.
Kebiasaannya, Gegar Vaganza amat dikenali dengan konsepnya yang menampilkan semula artis-artis evergreen serta bintang-bintang yang pernah berkilauan dengan terangnya.
Bagaimanapun, edisi Gegas Vaganza ke-9 kali ini membawa perubahan baru dengan menampilkan nama-nama besar yang utuh dalam bidang nyanyian tanah air.
Antara peserta GV9 termasuk Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Tomok, Asheed, Bob Yusof, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Roy Kapilla, Haida Hasnan, Pat Candy, Tom serta VE yang terdiri daripada Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim.
12 penyanyi solo dan sebuah kumpulan akan memulakan cabaran sengit yang pastinya akan menggegarkan malam Ahad para penonton Astro. Barisan yang hebat ini bakal bergema dan meriuhkan semula pertandingan realiti nyanyian negara kita.
Untuk rekod, pertandingan GV telah menobatkan Sembilan juara sepanjang penganjuran untuk lapan musim sebelum ini yang terdiri daripada Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7) dan Aliff Aziz (GV8).