Netizen Kata Mirip Avril Lavinge, Gaya Terkini Puteri Balqis Curi Tumpuan

Pelakon, Puteri Balqis telah mencuri tumpuan ramai menerusi sebuah video Tiktok selepas penampilannya dilihat agak ranggi.

netizen kata mirip avril lavinge, gaya terkini puteri balqis curi tumpuan

Remaja berusia 16 tahun itu dilihat semakin jelita, hinggakan penampilannya disamakan dengan penyanyi antarabangsa, Avril Lavinge.

 

“Cantiknya Aqish (nama panggilan Puteri Balqis) sekarang. Avril Lavigne Malaysia! Memang ada gaya, harap Aqish tak ubah apa-apa pada wajah sebab sudah cantik,” demikian menurut komen seorang warganet.

 

Difahamkan video Tiktok itu adalah bagi sebuah projek filem pendek lakonannya.

 

@morosechildofficial #shortfilms #puteribalqis ♬ My Time - BTS

 

Terdahulu, Puteri Balqis mula dikenali menerusi lakonannya dalam televisyen sebagai pelakon kanak-kanak. Bakatnya mula dikesan selepas beliau hadir ujibakat ketika usianya baru dua tahun.

 

Sumber: Tiktok