Seorang wanita cedera selepas tong gas meletup di rumahnya semasa sedang memasak di Taman Sena Permai, Pokok Sena, Pulau Pinang.
Kejadian belaku pada pagi Selasa, 12 Disember selepas mangsa turun ke bawah untuk memasak, sebelum gas petroleum cecair (LPG) meletup hingga memusnahkan rumah teres dua tingkat yang didiaminya.
Ekoran kejadian, sepasukan anggota bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan ketika kami sampai mangsa berusia 26 tahun sudah dibawa keluar oleh jiran.
“Mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut,” kata Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Hazam Hassan.
Antara kerosakan lain adalah kereta dan motosikal yang diletakkan pada ruang hadapan rumah tersebut.
Setakat ini punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sumber: Utusan