“Futureland” Festival Menghidupkan Kembali Stadium Merdeka

“futureland” festival  menghidupkan kembali stadium merdeka

Warner Music Malaysia bakal menyemarakkan lembaran baharu dalam persembahan muzik di lokasi ikonik, Stadium Merdeka sebagai lokasi konsert “Futureland” Festival yang akan berlangsung pada 23 November tahun ini dengan mendapat Kerjasama daripada Watsons Malaysia sebagai penaja utama yang turut meraikan ulang tahun ke-30 mereka di negara ini.

Dalam sidang media tempoh hari, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, Teo Nie Ching turut hadir bagi menunjukkan sokongannya terhadap “Futureland” Festival.

“Futureland” Festival meraikan masa depan muzik Malaysia dengan mengetengahkan kreativiti dalam kalangan artis tempatan dan menyediakan platform untuk mereka menyinar serta mendekati peminat. Festival ini akan menampilkan artis popular dan berbakat besar seperti Hujan, Bunkface, Kugiran Masdo, Aina Abdul, Ayda Jebat, Syamel, Tuju, Zynakal, Fimie Don, Amsyar Lee, Rizal Rasid, Empty Page, Fugo dan ramai lagi. 

“futureland” festival  menghidupkan kembali stadium merdeka

Selain persembahan muzik, ia akan menampilkan Watsons Glow Up Zone, termasuk pelbagai bidang kecantikan dan kesihatan daripada Watsons Malaysia.

Pengunjung juga boleh mendapatkan hadiah percuma, sampel barangan dan pengalaman interaktif yang menarik. Untuk menambahkan lagi keseronokan, ia dimeriahkan dengan, ‘pop-up stores’, lukisan grafiti dan banyak lagi.

Tiket ke “Futureland” Festival kini boleh dibeli dengan harga istimewa untuk promosi pembelian ‘early bird’.

Untuk membeli tiket “Futureland” Festival; klik sini.