“Menanti Untuk Kongsi Momen Indah Bersama,” Syafiq Kyle, Mimi Lana Hitung Hari Bahagia?

Baru-baru ini, pelakon, Syafiq Kyle dan pasangannya, Mimi Lana, dilihat telah berkongsi foto dengan kapsyen yang mengundang teka-teki netizen.

 

Mana tidaknya, kedua mereka dilihat berkongsi status dengan kapsyen yang hampir serupa, seolah-olah memberi bayangan mereka akan mengumumkan sesuatu yang menggembirakan tidak lama lagi.

 

Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, menerusi Instagram dilihat berkongsi foto berada dalam sebuah butik dengan kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

“Looking forward to sharing moments with… (tidak sabar berkongsi detik dengan…),” kongsi Mimi.

“menanti untuk kongsi momen indah bersama,” syafiq kyle, mimi lana hitung hari bahagia?

Manakala Syafiq pula berkongsi foto dengan latar belakang yang sama, berserta kapsyen: “Menanti untuk berkongsi momen indah bersama.”

“menanti untuk kongsi momen indah bersama,” syafiq kyle, mimi lana hitung hari bahagia?

Perkongsian kedua-dua pelakon itu sekaligus mengundang spekulasi netizen yang mendakwa mereka hadir ke butik berkenaan untuk sesi ‘fitting’ baju pengantin.

 

Terdahulu, kedua-dua pasangan ini mengejutkan ramai khususnya para peminat apabila mereka membatalkan majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos lalu.

 

Kedua-dua pihak terus mendiamkan diri dan tidak mengulas lanjut mengenai status mereka, sehinggalah keduanya dilihat mesra makan malam bersama disebuah kedai makan, seperti yang tular di media sosial.

 

Sumber: Instagram