“Humairah, Umar, Okay Tak Yang Ni?”, Foto Terkini Bekas Isteri Hafidz Curi Tumpuan

Kisah pergolakan rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pernah menjadi tajuk utama berita tempatan.

“humairah, umar, okay tak yang ni?”, foto terkini bekas isteri hafidz curi tumpuan

Selepas menjalani perbicaraan di mahkamah dan Hafidz pula diperintah untuk menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia, Nurul Shuhada pula telah mencuri perhatian warganet apabila memuat naik foto dirinya bersama seorang jejaka kacak.

“humairah, umar, okay tak yang ni?”, foto terkini bekas isteri hafidz curi tumpuan

Difahamkan, lelaki itu adalah rakan sekerja Shuhada untuk sebuah produk bagi sesi penggambaran.

 

“Humairah, Umar, Okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepasni mata sepet? Heheh,” tulis Shuhada dengan nada bergurau.

“humairah, umar, okay tak yang ni?”, foto terkini bekas isteri hafidz curi tumpuan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Shuhada yang dilihat cantik serta berseri selepas dikenakan make-up bagi sesi penggambaran itu.

 

Terdahulu, rumah tangga antara pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Shuhada mula bergolak apabila wanita itu mendedahkan suaminya telah berlaku curang bersama seorang wanita bernama Athira Yuhada.

 

Hafidz juga dilaporkan telah menumbuk muka isterinya berkali-kali sebelum dihadapkan ke mahkamah dan telah diarahkan untuk ke hospital bahagia bagi tujuan rawatan psikiatri.

 

Kredit: Instagram Shuhada