Disangka Kekasih, Foto Masya Masyitah Dipeluk Lelaki Curi Perhatian

Penyanyi, Masya Masyitah, 23, terus mencuri tumpuan menerusi beberapa hantaran terbaharunya di Instagram.

disangka kekasih, foto masya masyitah dipeluk lelaki curi perhatian

Masya dilihat memuatnaik beberapa foto menggayakan pakaian jalanan dengan seluar pendek, sambil bermain skuter elektrik dan dilihat turut memeluk erat seorang lelaki.

 

 

 

 

Foto berkenaan nyata mencuri perhatian ramai khususnya warganet, hingga ada yang membuat spekulasi kononnya lelaki itu adalah teman lelakinya.

disangka kekasih, foto masya masyitah dipeluk lelaki curi perhatian

Bagaimanapun difahamkan, lelaki itu merupakan adiknya sendiri.

 

Tindakan Masya yang dilihat semakin berani berkongsi foto penampilan terkini, terus menerima kecaman hebat netizen, sejak pertama kali beliau tampil membuka tudung beberapa minggu yang lalu.

disangka kekasih, foto masya masyitah dipeluk lelaki curi perhatian

Baca: Netizen Pakat Serang Komen Foto Masya Masyitah Buka Tudung

 

Dalam pada itu, Masya turut menggesa orang ramai agar tidak melibatkan keluarga, seperti ibu dan bapanya, atas kesalahan yang dibuatnya ini.

"Semua pilihan saya sendiri, kalau nak marah, marah pada saya dan bukannya babitkan ibu bapa saya.

"Tak payah nak cakap mak saya pun ikut sama galak dan jangan salahkan mereka.

"Siapa kata ayah akan tanggung (dosa tak tutup aurat)? Saya sendiri buat, saya sendirilah tanggung," kata penyanyi ini.

 

Terdahulu, banyak pihak tampil memberikan nasihat, termasuklah penerbit, David Teo yang menasihatkannya agar sedar akan kesilapan ini.

netizen pakat serang komen foto masya masyitah buka tudung

Baca: “Ramai Kejar Pahala Dunia,” David Teo Tegur Masya Masyitah Buka Tudung

 

Sumber: Instagram