Kongsi Gambar Bersama Hawa Rizwana, Zizan Terkejut Lihat Komen Warganet

Pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak baru-baru ini telah berkongsi foto terbaharunya bersama pengacara, Hawa Rizwana.

 

Foto itu telah mengundang pelbagai spekulasi netizen hingga ada yang beranggapan kononnya mereka berdua sedang bercinta dan mempunyai hubungan istimewa.

kongsi gambar bersama hawa rizwana, zizan terkejut lihat komen warganet

Zizan bagaimanapun terkejut dan memaklumkan foto yang dikongsikan olehnya itu adalah sekadar mahu berkongsi drama pertama lakonan Hawa Rizwana tidak lama lagi.

 

"Saya nak Malaysia (semua) bertenang. Niat saya memuat naik hantaran tadi untuk menguar-uarkan judul drama yang bakal kami kongsikan. Ia bakal menjadi lakonan pertama Hawa.

"Bagaimanapun perkongsian itu jadi lain pula apabila orang ingat saya dan Hawa mempunyai hubungan. Bukan itu yang saya nak kongsikan.

"Saya terkejut tapi apapun saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya, Hawa dan industri seni," katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

 

Foto yang dikongsikan Zizan berserta kapsyen ‘mengundang’ itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka memberikan sokongan serta mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)

 

 

Sumber: Instagram