“Ingat Kilang Ke?,” Bakal Timang Anak Kedua Dalam Setahun, Fizo Omar Ditegur Netizen

Pelakon, Fizo Omar meluahkan rasa syukur kerana bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

“ingat kilang ke?,” bakal timang anak kedua dalam setahun, fizo omar ditegur netizen

Menurut pemilik nama sebenar Wan Hafizol Wan Omar, ini adalah kali kedua isterinya Fazeera Nazri Azrai bakal melahirkan zuriat mereka.

 

“Raya tahun lepas (2022) tgh sarat mengandung Khaleeda dan tahun ni (2023) pun tgh sarat dah masuk 37 minggu dah. So kiranya anytime from now lah.

“Alhamdulillah rezeki tak di duga dari Allah buat Abe Joe dan Faz. And ofcoz Cik Yam yang paling happy dapat 1 tahun 2 adik,” demikian menurut Fizo dalam satu hantaran di Instagram.

 

Dalam pada itu, Fizo turut meluahkan rasa penghargaan kepada isterinya yang sarat mengandung anak mereka, meskipun sedang melengkapkan tahun akhir pengajian dan melakukan kerja dalam satu masa.

“ingat kilang ke?,” bakal timang anak kedua dalam setahun, fizo omar ditegur netizen

Diakhir posting itu, Fizo turut berseloroh dengan bertanyakan bilakah Hari Raya untuk tahun hadapan supaya dia dapat menyiapkan apa yang patut.

 

“Nota kaki : tahun depan raya bulan berapa ek, nak timing siap-siap,” tulis beliau.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

 

Netizen bagaimanapun berasa kurang senang dengan kenyataan oleh Fizo Omar ini sambil merasakan dirinnya patut memikirkan keadaan isteri yang harus mengandung lagi dalam jarak masa dekat.

 

Antara komen netizen di Instagram adalah seperti:

“Setiap kali post, dia mesti akan berseloroh untuk produce anak lagi dan lagi sedangkan isteri tengah sarat dan busu dengan macam-macam. Seloroh pasal lain pula la Abang Joe. Kesian isteri. Macam tak cakna kepenatan dan keadaan dia dua tahun berturut melahirkan baby.”

““Kesian bini. Tak sampai setahun dah beranak balik. Lelaki tahu nak sedap je. Ingat kilang buat anak ke rapat-rapat sangat. Bini senyap sebab nak jaga hati suami.”

“Bagi la dia rehat Pak Joe oi. Letih ler..”

.

Dalam pada itu, ada netizen yang berpendapat Fizo dan isterinya berhak untuk membuat perancangan keluarga mereka sendiri.

 

Terdahulu, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.

 

Sumber: Instagram Fizo