Finalis Hero Remaja 2023, Evertts Gomez akhirnya membuat pendedahan mengenai hubungannya bersama salah seorang anggota kumpulan DOLLA iaitu Syasya.
Gosip hubungan percintaan pasangan ini mula menjadi sebutan ramai selepas mereka dilihat kerap mengadakan sesi siaran langsung di platform media sosial.
Bagaimanapun menurut Evertts, dia dan Syasya hanya sekadar kawan dan perkenalan mereka bermula selepas drama pendek lakonannya tular.
“Kami hanya kawan baik. Saya dan Syasya mula rapat ketika video lakonan saya viral di media sosial. Dalam video tersebut, saya berlakon menjadi peminat Syasya.
“Kemudian, bila kami mula bersembang, rupanya kami banyak persamaan. Kami makin selesa untuk berkawan. Tiada apa yang istimewa pun,” demikian menurut anak jati Kota Kinabalu, Sabah ini.
Tambah Evertts, beliau akui tertarik dengan perwatakan Syasya yang lemah lembut apabila berbicara.
“Saya selesa berkawan dengan Syasya kerana dia juga orang industri walaupun kami dalam bidang yang berbeza. Dia seorang penari dan saya juga pernah menjadi penari suatu ketika dahulu.
“Saya suka cara dia bercakap, sangat lemah lembut. Itu yang buatkan saya tertarik,” katanya.
Beliau juga tidak menolak andai berjodohan dengan Syasya suatu hari nanti.
“Buat mereka yang sering doakan kami, teruskanlah berdoa. Mana tahu satu hari nanti memang kami ditakdirkan berjodohan.
“Namun jika tiada jodoh, kami tetap akan berkawan. Anda akan tetap melihat kami sebagai satu pasangan duo,” tambah Evertts.
Sumber: MH