Adik Ayda Jebat Mengaku Kini Isteri Zainal Abidin Hassan

Adik kepada penyanyi popular, Ayda Jebat iaitu Fina Jebat akhirnya menjawab persoalan ramai mengenai statusnya bersama bekas jurulatih pasukan bolasepak Penang FC, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61.

adik ayda jebat mengaku kini isteri zainal abidin hassan

Menurut Fina, 29, beliau telah pun selamat bernikah dengan bekas jurulatih itu namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

 

“Alhamdulillah saya telah pun bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang telah memberikan komen yang baik-baik selama ini.

“Jadi saya harap agar anda semua dapat mendoakan saya dan keluarga serta terus menyokong saya dan Ayda Jebat dalam program ini.

“Saya rasa setakat itu yang boleh saya jawab buat masa sekarang,” demikian menurut pemilik nama sebenar Nur Syafinaz Jebat.

adik ayda jebat mengaku kini isteri zainal abidin hassan

Dalam masa sama, Fyna memaklumkan suaminya juga sangat menyokong penglibatannya dalam program berkenaan.

 

Sumber: Media Hiburan