Hebat! Polis Evo 3 Berjaya Kutip RM54 Juta Lepas Dua Bulan Ditayangkan

Filem Polis Evo 3 terus mencatatkan kejayaan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM54 juta selepas hampir dua bulan ditayangkan sejak 24 Mei lalu.

kutipan hari pertama polis evo 3 melebihi fast x dua kali ganda!

Filem arahan Syafiq Yusof itu mendapat perhatian ramai sejak hari pertama ia ditayangkan dan menjadi filem aksi komedi nombor satu paling laris di Malaysia sepanjang masa.

hebat! polis evo 3 berjaya kutip rm54 juta lepas dua bulan ditayangkan

Filem Polis Evo 3 juga menjadi filem nombor satu paling laris pada tahun 2023, sekaligus membuktikan tanda sokongan peminat filem tempatan.

 

“Alhamdulillah, syukur Ya Allah, Polis Evo 3 sudah hampir sampai ke penghujung tayangan di pawagam. Terima Kasih kepada semua yang menonton dan memberi sokongan pada filem ini.

“Filem Polis Evo 3 adalah satu memori indah buat saya dan team produksi serta para pelakon. Satu pembakar semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh dengan sepenuh jiwa raga untuk menghasilkan karya-karya yang lebih baik di masa akan datang. Terima Kasih Malaysia,” ujar Syafiq, 31.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s)

 

Hasil tinjauan, filem itu masih lagi boleh ditonton di beberapa pawagam terpilih seluruh negara, dengan waktu tayangan yang terhad.

 

Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim dan ramai lagi.

 

Sumber: Instagram