Fenomena Ikan Bilis Naik Ke Darat Di Pulau Pangkor Kejutkan Ramai

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang menunjukkan ikan bilis telah naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, dekat Pulau Pangkor, Perak.

fenomena ikan bilis naik ke darat di pulau pangkor kejutkan ramai

Fenomena yang amat jarang berlaku itu nyata telah mengejutkan ramai sehingga perkara ini mendapat perhatian Jabatan Perikanan Negeri Perak.

 

Insiden yang berlaku kira-kira 7.30 hingga 8 malam pada Sabtu itu juga menarik perhatian penduduk dan pengunjung untuk mengutip ikan bilis yang terdampar serta sudah kering di tepi pantai pada keesokkan harinya.

fenomena ikan bilis naik ke darat di pulau pangkor kejutkan ramai

Dianggarkan lebih dua kilogram ikan bilis dikutip di kawasan sepanjang 500 meter di pantai Pasir Bogak ini.

Siasatan awal mendapati insiden ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai hanya berlaku di Pasir Bogak sahaja. Besar kemungkinan ikan besar seperti ikan alu-alu mengejar dan memakan ikan bilis menyebabkan ikan bilis melompat ke pantai.

 

Ada maklumat juga memaklumkan kemungkinan cahaya lampu di kawasan Pasir Bogak menyebabkan ikan bilis melompat ke kawasan tersebut.

 

Bagaimanapun menurut kajian saintifik terdapat tiga faktor yang menyebabkan fenomena ini terjadi, antaranya perubahan drastik suhu air laut, pertumbuhan alga serta plankton selain arus dan gelombang yang tinggi.

 

Sumber: Astro AWANI