Fazura Akui Rasa Seram Tunggang Kuda, “Takut Jatuh, Jejas Salur Peranakan,”

Pelakon, Nur Fazura akui berasa takut dan seram untuk melakonkan babak menunggang kuda dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah kerana risau terdedah dengan risiko kecederaan.

fazura akui rasa seram tunggang kuda, “takut jatuh, jejas salur peranakan,”

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin, 40, beliau memikirkan andai berlaku kecederaan ketika melakonkan babak itu seperti menjejaskan peluangnya untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang.

 

"Setiap kali ada babak menunggang kuda saya akan selalu berdoa semoga tak jatuh sebab tak nak saluran peranakan terjejas, nanti tak dapat nak menimang cahaya mata lagi.

"Alhamdulillah saya memang pernah belajar menunggang kuda masa kecil dan kuda yang saya dapat untuk penggambaran filem ini pun sangat serasi dengan saya," katanya.

 

Tambah Fazura, beliau turut menafikan kononnya beliau sedang berbadan dua yang menyebabkan beliau berasa sedemikian untuk melakonkan babak tersebut.

fazura akui rasa seram tunggang kuda, “takut jatuh, jejas salur peranakan,”

"Saya dan Fattah mengambil langkah merancang keluarga kerana kesibukkan kami. Belum ada rezeki hamil lagi.

"Lagipun kami perlu patuh dengan kontrak yang sudah ditandatangani. Kalau boleh tak nak hamil dalam keadaan masih bekerja.

"Masa mengandung Fatimah dulu saya pernah terlantar atas katil selama tiga bulan sebab alahan. Saya tak mahulah disebabkan hamil, komitmen kerja saya terjejas," kata Fazura lagi.

 

Isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu bakal memegang watak srikandi bernama Sayang dalam filem terbaru terbitan Studio Kembara Sdn Bhd, yang bakal ditayangkan 11 Januari depan.

fazura akui rasa seram tunggang kuda, “takut jatuh, jejas salur peranakan,”

Terdahulu, Fazura dan Fattah selamat mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

 

Sumber: HMetro