Fazura Anggap Dirinya Teruk Gara-Gara Beri Anak Makan Coklat

Pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura atau lebih dikenali sebagai Fazura menyifatkan dirinya sebagai ibu yang teruk gara-gara memberikan anaknya, Nur Fatima Aisya memakan coklat.

fazura anggap dirinya teruk gara-gara beri anak makan coklat

Memetik perkongsian di Instagram, Fazura berkata beliau terpaksa memberikan anaknya ‘umpan’ coklat kerana mahu mengalihkan tumpuan Fatima yang menangis selepas menerima suntikan vaksin di sebuah perubatan swasta baru-baru ini.

 

“Selesai mengambil vaksin influenza. Inilah saya sebagai ‘bad parent’ (ibu bapa yang teruk) sebab cuba tenangkan anak dengan coklat,” tulisnya dalam Instagram.

 

Menerusi video yang dikongsikan beliau, Fatima yang kini berusia dua tahun dilihat menangus sambil memeluk ibunya akibat ketakutan semasa mendapatkan suntikan vaksin influenza.

 

Untuk menenangkan Fatima, Fazura kemudian mengeluarkan coklat dari beg lalu memberikannya kepada anaknya itu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Tindakan Fazura itu turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata berpendapat apa yang dilakukan Fazura adalah wajar dan tidak salah sama sekali.

 

Sumber: Instagram Fazura