Pelakon dan penyanyi, Fazura sekali lagi mencuri perhatian ramai gara-gara tindakannya mengaburkan jenama mewah pada tas tangan miliknya.
Logo tas tangan berjenama mewah dipercayai Hermes Birkin itu telah dikaburkan bertujuan untuk tidak mahu menunjuk kepada orang ramai khususnya para peminat aktres itu.
Fazura juga sering dilihat menggayakan tas tangan jenama itu setiap kali menghadiri acara rasmi mahupun santai.
Sebelum ini Fazura juga pernah dikatakan memiliki seutas jam tangan bernilai RM4 juta, dan Fazura turut mengaburkan jenama jam tangan itu dalam sekeping foto di Instagram baru-baru ini.
Tindakan Fazura meraih pujian ramai kerana sangat merendah diri dan enggan meraih perhatian umum.
“Orang lain pasti nak menunjuk Birkin mereka tetapi Fazura kaburkan, sangat rendah diri,” puji netizen.
Sumber: Kosmo!