Pelakon dan usahawan, Fazura, dilihat lantang dalam mempertahankan nasib bumi Gaza, dan turut mengecam selebriti antarabangsa, Angelina Jolie yang memilih jalan selamat untuk tidak bercakap mengenainya.
Pemilik nama sebenar, Nur Fzura Sharifuddin ini dilihat menasihatkan pelakon filem Maleficent itu agar tidak takut dalam bercakap perkara benar mengenai kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin.
“Tolonglah Angie (Angelina Jolie), jangan takut untuk bercakap perkara benar.
“Anda tahu lebih berbanding apa yang anda tulis (kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial,” demikian menurut Fazura menerusi ruangan komen aktres itu dengan tanda pagar ‘give them back their land’ (beri balik tanah Palestin).
Menerusi komen, warganet lain turut mengutuk kenyataan berbaur neutral yang diambil pelakon antarabangsa itu.
Terdahulu, Angelina Jolie membuat kenyataan mengenai krisis Palestin-Israel. Namun, kenyataan dibuat pelakon itu seakan-akan melindungi rejim Zionis, sedangkan kira-kira 8,000 rakyat Palestin telah terkorban disebabkan kezaliman Israel untuk peperangan kali ini.
**
Selain berlakon, Angelina Jolie turut terkenal dengan aktiviti kemanusiannya, selain turut membantu negara bergolak seluruh dunia.
Sumber: Instagram