Fazura Dikecam Netizen Gara-Gara Sebak Sambil Kibar Bendera Palestin di Konsert Coldplay

Kehadiran Coldplay di Malaysia baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai khasnya warganet dari negara ini.

vokalis coldplay cipta lagu khas untuk hujan di malaysia berjudul ‘malaysia rain’ [video]

Umum sedia maklum sebelum ketibaan Coldplay ke Malaysia, banyak pihak yang tidak bersetuju dengan penganjuran konsert berkenaan yang dikatakan tidak sensitif dengan isu yang kini berlaku di bumi Palestin.

 

Pun begitu, konsert berkenaan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan pada malam Rabu, 22 Nov lalu.

belanja pantun bahasa melayu, ramai puas hati dengan konsert coldplay di kl!

Baca juga: Belanja Pantun Bahasa Melayu, Ramai Puas Hati Dengan Konsert Coldplay di KL!

 

Pelakon, Fazura merupakan salah seorang daripada kira-kira 75,000 orang penonton yang hadir ke konsert berkenaan, yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

fazura dikecam netizen gara-gara sebak sambil kibar bendera palestin di konsert coldplay

Bagaimanapun kehadiran Fazura tidak disenangi warganet, termasuklah ada yang mengecam beliau kerana dianggap keterlaluan dan tidak menghormati saudara Islam di Palestin yang kini berada dalam kesusahan.

 

Turut kelihatan Fazura menangis terharu ketika kumpulan itu mempersembahkan lagu Fix You, sambil beliau mengibarkan bendera Palestin sebagai tanda soladiriti.

fazura dikecam netizen gara-gara sebak sambil kibar bendera palestin di konsert coldplay

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Menjengah ke ruang komen, kebanyakkan netizen dilihat tidak bersetuju dengan tindakan pelakon itu, malah ramai juga yang mengecam beliau.

fazura dikecam netizen gara-gara sebak sambil kibar bendera palestin di konsert coldplay

Sumber: Instagram Fazura