“Kalau Saya Kongkong, Fazura Mungkin Tak Boleh Keluar Shooting,” – Fattah Amin

Pelakon, Fattah Amin berkata sebagai suami kepada Nur Fazura, beliau mempunyai hak untuk tahu dengan siapa isterinya itu berkawan.

“kalau saya kongkong, fazura mungkin tak boleh keluar shooting,” – fattah amin

Menurut Fattah, 33, perkara itu bukan sahaja melibatkan soal persahabatan malah berkenaan tuntutan seorang isteri untuk mendapat keizinan dan pandangan tentang beberapa perkara.

 

“Sebagai suami, kita kena ambil tahu dengan siapa isteri kita berkawan.

“Sangat normal bagi suami dan isteri untuk bagi nasihat antara satu sama lain dalam segala hal.

“Isteri perlu mendapatkan keizinan suami untuk mendapat reda dan keberkatan. Jangan kata kawan, nak keluar rumah pun kena minta izin suami,” katanya.

 

Tambah Fattah lagi, suami dan isteri juga wajar untuk berbincang sesama sendiri dan bukannya mengongkong antara satu sama lain.

“kalau saya kongkong, fazura mungkin tak boleh keluar shooting,” – fattah amin

“Sebagai Islam, kita jangan buat sesuatu perkara itu nampak negatif.

“Kalau saya mengongkong, Faz mungkin tidak boleh keluar shooting,” katanya lagi.

 

Terdahulu, Neelofa pernah mengeluarkan hasrat untuk menamatkan krisis yang melanda dirinya bersama Fazura sejak 13 tahun lalu.

 

Fazura dalam satu temubual memberi reaksi terhadap kenyataan Neelofa itu sambil menafikan wujud perang dingin antara mereka, serta berpendirian untuk meminta izin suami sebelum berkawan dengan sesiapa.

 

Sumber: Utusan Online