Pelakon, Fatiya Latiff menegaskan tindakannya yang dilihat sengaja melakukan provokasi terhadap rumahtangga Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson, adalah bukan satu kesalahan.
Menurut pemilik nama sebenar Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, beliau berkata beliau berhak untuk memuatnaik sebarang foto dan perkara berkaitan dengan bekas kekasihnya itu di media sosialnya.
“Menghancurkan rumah tangga orang? Macam mana awak tahu saya lakukan provokasi?
“Dia seorang selebriti dan saya boleh muat naik apa sahaja yang saya suka.
“Jadi, mengapa saya tidak boleh guna foto dia yang sudah tersebar di seluruh dunia,” katanya dalam temu bual bersama penyanyi Caprice semalam.
Tambah Fatiya, Aiman pernah menjadi individu yang dicintainya sebelum ini, sambil menegaskan beliau sudah move on namun masih ada dendam terhadapnya.
“Dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya kerana sudah bercinta selama lima tahun.
“Tidak salah rasanya untuk saya muat naik sesuatu tentang seseorang yang pernah berada dalam hati saya sebelum ini.
“Saya sudah ‘move on’. Kalau belum ‘move on’, saya tidak akan berkongsi fotonya.
“Saya tidak ‘move on’ sebab saya ada dendam terhadapnya. Saya tidak mencintainya lagi tetapi saya ada dendam,” katanya.
Sumber: HIB Glam / Tiktok