Pelakon sensasi, Fatiya Latif, sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dikatakan bakal menetap di negara Jepun selama setahun.
Menurut pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 36, kos perbelanjaannya ke negara itu juga mencecah ratusan ribu ringgit.
“Bajet ke Jepun ialah dua ratus ribu dan akan menetap di sini selama setahun.
“Namun, saya akan tetap pulang ke Malaysia untuk mengambil beberapa barang lagi dan kembali semula ke Jepun,” katanya dalam siaran langsung TikTok.
Fatiya bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai sebab dan tujuan utamanya menetap di negara tersebut.
Sementara itu, pelakon ini turut menyifatkan Malaysia mempunyai ramai individu yang kurang waras.
“Anda pasti tidak mahu tahu dari mana saya berasal. Negara saya memiliki ramai orang tidak waras,” jawabnya.
Terdahulu, nama Fatiya menjadi sebutan selepas dikatakan sengaja menimbulkan provokasi terhadap aktress, Zahirah Macwilson dan juga suami, Aiman Hakim Ridza.
Melihat kepada perubahan ketara pelakon ini, ramai yang mula risau dengan keadaan mental Fatiya, namun pelakon ini menegaskan beliau tidak mengalami depresi dan telah menjalani pemeriksaan dengan pakar psikiatri.
Sumber: HIB Glam