Bukan Nak Tunjuk Pandai, Fatiya Latif Nasihat Jangan Sebar Aib Orang

Pelakon, Fatiya Latif meminta orang ramai supaya tidak menjalankan kerja Tuhan dengan menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan seseorang.

bukan nak tunjuk pandai, fatiya latif nasihat jangan sebar aib orang

Menurut Fatiya, masyarakat tidak seharusnya menyebarkan dan membuka aib orang lain tanpa rasa bersalah.

 

“Saya tidak mahu menyebut nama mana-mana pihak. Tapi tolonglah dengar mesej saya ini. Saya tahu mungkin kedengaran agak klise, tetapi hanya Tuhan sahaja yang boleh menghukum kita. Tak perlulah nak sebarkan aib orang.

“Tak kisahlah sama ada dia artis atau orang biasa. Saya sedih dengar berita ini. Bukan sedih sebab dia melakukan perlakuan itu, namun tak perlu nak sebarkan.

“Diam-diam sahaja. Media pun tak perlu campur. Faham tak?” katanya.

 

Tambah Fatiya, beliau pernah berdepan dengan situasi serupa apabila aibnya disebarkan dahulu.

 

“Sebab saya pernah mengalaminya (aib disebarkan). Saya rasa perkara sebegitu tidak perlu, melainkan kalau awak rasa terancam, boleh sebarkan.

“Contohnya seperti kes menteri, isu fitnah dan perlakuan suami isteri. Bagi saya perkara sebegitu tidak perlu pun untuk disebarkan,” katanya.

 

Fatiya berkata lagi, beliau bukannya mahu tunjuk pandai atas apa yang diperkatakannya, namun tindakan mengecam dan menghina bukanlah satu cara yang boleh diamalkan.

bukan nak tunjuk pandai, fatiya latif nasihat jangan sebar aib orang

“Di Malaysia, semua orang boleh lontarkan pendapat dan bersuara. Tetapi bukanlah dengan mengecam atau menghina.

“Tak perlu nak sebarkan kejahatan orang. Saya bukan nak tunjuk pandai. Walaupun kita bebas bersuara, tetapi kita kena tahu gunakan kebebasan itu.

“Tak boleh sewenang-wenangnya untuk bercakap. Kejadian itu tidak terjadi ke atas diri awak pun, tetapi awak nak sebarkan aib dia pula,” kata pemilik nama sebenar Nur Fathiah Abdul Latiff itu.

 

Dalam masa sama, Fatiya turut mengingatkan pihak yang ada kuasa supaya tidak menyalahgunakan kuasa mereka kerana perkara itu adalah salah disisi undang-undang.

 

“Kalau nak tangkap pun, tengok balik diri kita. Kalau pekerjaan itu memang untuk menangkap orang yang salah, kita tangkap sahaja tanpa menganiaya dia.

“Jangan salah gunakan kuasa. Salah guna kuasa pun boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk pihak media.

“Namun kalau ada kuasa sekali pun, tak perlu memalukan orang. Tak kasihan ke? Jadi kesimpulannya, tak payah berlebih-lebihan. Buat diam sahaja,” katanya.

 

Sumber: Kosmo!