Nama Fatiya Latif telah menjadi perhatian warganet dan media tempatan, susulan daripada kontroversi yang melibatkan dirinya selepas menyamakan pelakon, Zahirah Macwilson dengan bibik.
Tindakan Fatiya itu telah mengundang kemarahan ramai warganet, termasuk luahan sedih oleh ibu Zahirah sendiri, Maslinda.
Baca: Ibu Zahirah Macwilson Sedih Anak Dihina, “Lagi Kakak Tengah Mengandung Sekarang..”
Malah, dalam satu sesi siaran langsung, Zarina Anjoulie turut mengecam tindakan Fatiya, sambil mendedahkan perangai sebenar pelakon itu yang juga kawan baiknya suatu ketika dahulu.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Nur Fathia binti Abdul Latiff, berkongsi tangkap layar perbualannya dengan individu, meminta bantuan pengangkutan dan keselamatan untuk membawanya ke lapangan terbang pada 11 Januari depan.
“Bye-bye Malaysia,” tulis Fatiya ringkas, sambil menutup ruang komen daripada umum.
Tidak dapat dipastikan siapa individu yang dinyatakan dalam tangkap layar itu, namun individu itu membalas beliau boleh memberi bantuan seperti yang diminta Fatiya.
Terdahulu, pelakon, Fatiya Latif dilapor menyindir Zahirah dengan membandingkan wajah pelakon wanita itu dengan dirinya ketika usia kecil.
Untuk info, Aiman Hakim pernah menjalin hubungan cinta dengan Fatiya, namun tidak berpanjangan sebelum beliau berkahwin dengan Zahirah pada 20 Feb 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isaac Raees, 3.
Sumber: Instagram