Isu Sindir Zahirah, Fatiya Latif Anggap Pendapatnya Bersifat Peribadi [Video]

Pelakon sensasi, Fatiya Latif, baru-baru ini telah menarik perhatian ramai selepas dikatakan menyindir pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, secara terbuka menerusi laman sosial.

 

@roses_officials Omg #fyp #trending #foryou ♬ my girl korean drama OST - rose♡

 

Bagaimanapun menurut pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 37, beliau berkata, pendapatnya adalah bersifat peribadi dan berlandaskan undang-undang kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini.

 

“Apa yang kecoh sangat tentang pendapat saya? Kebebasan bersuara artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya memang rasa dia (Zahirah) kelihatan macam seorang bibik (pembantu rumah). Tolonglah, inilah kehidupan. Bertenang,” ujar Fatiya.

isu sindir zahirah, fatiya latif anggap pendapatnya bersifat peribadi [video]

Fatiya yang juga merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang di sebuah universiti awam di tanah air berkata lagi, dia akan terus berpegang dengan apa yang dilontarkannya mengenai individu terbabit.

 

“Dia tidak langsung berada dalam satu liga dengan saya. Ayuh ulang semula apa yang diperkatakan semua orang.

“Sekali dah pernah guna, busuk dan rosak, hulurkan sahaja kepada mereka yang meminta (peminta sedekah),” katanya lagi.

isu sindir zahirah, fatiya latif anggap pendapatnya bersifat peribadi [video]

Malah, beliau juga tidak gentar andai pasangan itu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

 

“Saya nak tengok sama ada mereka berani untuk saman saya. Tapi mereka takkan buat sebab mereka ‘loser’,” katanya lagi.

isu sindir zahirah, fatiya latif anggap pendapatnya bersifat peribadi [video]

Terdahulu, Fatiya menarik perhatian ramai selepas melabel penampilan Zahirah seperti seorang bibik, selain mendakwa Aiman sebagai lelaki yang tidak mempunyai kewangan kukuh.

 

Sumber: Instagram