Isu Perli ‘Supercar’, Fatin Afeefa dan Opai Padam Gambar Masing-Masing di IG?

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan suami kepada pelakon, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang didakwa memperlekeh kereta jenis bukan supercar ketika sebuah acara pertunjukkan kereta baru-baru ini.

suami fatin afeefa jelas perkara sebenar isu hina kereta bukan ‘supercar’

Susulan daripada tindakan i itu, beliau telah menerima kecaman daripada netizen dan para peminat sukan kereta di negara ini.

 

Aliff Awang atau mesra dengan panggilan Opai bagaimanapun menjelaskan perkara sebenar dan meminta maaf atas perkara yang berlaku.

suami fatin afeefa jelas perkara sebenar isu hina kereta bukan ‘supercar’

Baca: Suami Fatin Afeefa Jelas Perkara Sebenar Isu Hina Kereta Bukan ‘Supercar’

 

Bukan sahaja menerima kecaman dari netizen, Opai turut diperli isterinya sendiri, Fatin Afeefa, yang memberi pandangan mengenai kenyataan dikeluarkan suaminya.

 

“Baru-baru ini ada satu video yang tular mengenai seorang lelaki ni yang hina orang bawa Honda, bawa kereta Mustang yang pada dia bukanlah sejenis ‘supercar’.

“Bagi saya tak patutlah, memang sangat-sangat tak patut lebih-lebih lagu merendah-rendahkan orang,” kata Fatin menerusi satu hantaran video.

 

@fatinafeefa8 Honda pekak, AMG, mustang semua najis dia cakap. Kita pun di najiskan nya. Takpe, geng honda send me a selfie with your Honda, fa nak belanja 100 box #leanbyfa ♬ original sound - 𝐑𝐚𝐩𝐃𝐮𝐥𝐮𝐁𝐚𝐫𝐮𝐊𝐚𝐦𝐮

 

Terbaru, Fatin dilihat telah memadam foto-foto dan videonya bersama suami di Instagram. Foto bersama Opai berlatarbelakangkan kereta mewah McLaren hijau juga telah dipadam.

isu perli ‘supercar’, fatin afeefa dan opai padam gambar masing-masing di ig?

Bukan itu sahaja, Opai turut dilihat memadam foto bersama isterinya dan hanya meninggalkan hantaran berkaitan dengan pelaburan saham di Instagram.

isu perli ‘supercar’, fatin afeefa dan opai padam gambar masing-masing di ig?

Sehingga kini masih belum ada penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak mengenai perkara ini.

 

Sumber: TikTokInstagram