Fatin Afeefa Ingatkan Suami Jangan Kahwin Lain, “Jadi Aliff Awang, Bukan Aliff Lain Ok?”

Pelakon, Fatin Afeefa baru-baru ini dilihat menghadiahkan suaminya, Aliff Awang barangan berjenama mewah bersempena dengan ulangtahun kelahirannya.

fatin afeefa ingatkan suami jangan kahwin lain, “jadi aliff awang, bukan aliff lain ok?”

Disebalik pemberian hadiah itu, terselit satu mesej yang kedengaran lucu tetapi berbaur amaran oleh Fatin buat suaminya tercinta.

 

“Sama-sama sayang. I harap you tak kahwin lain.

"Jadi Aliff Awang, bukan Aliff lain ok?” tulis Fatin menjawab kepada ucapan terima kasih daripada suami di Insta Stories.

fatin afeefa ingatkan suami jangan kahwin lain, “jadi aliff awang, bukan aliff lain ok?”

Untuk rekod, Fatin dan Aliff sah bergelar suami isteri pada 30 Disember 2022 lalu. Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Spohia, 7 tahun.

 

Sumber: Instagram