“Nasihat Boleh Tapi..,” Fatin Afeefa Titip Pesan Buat Netizen Yang Suka Judge

Pelakon, Fatin Afeefa telah menitipkan pesanan buat netizen agar tidak bercakap buruk atau mempertikaikan keputusan mengenai tindakan segelintir artis yang telah membuka tudung.

“nasihat boleh tapi..,” fatin afeefa titip pesan buat netizen yang suka judge

Menurut pemilik nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, setiap manusia tidak mempunyai hak untuk menilai baik buruk orang lain sebaliknya hanya perlu mendoakan yang baik-baik.

 

“Jangan bercerita buruk tentang orang, sebab kita pun bukan baik sangat. Orang itu nak pakai ke nak buka tudung ke biarkan dia. Sebab nanti dekat akhirat, Allah tak tanya kalian kenapa dia tak pakai tudung.

“Allah takkan tanya orang yang tak ada kena mengena dengan awak Jadi jangan risau, pelakon itu nak buka tudung ke, dia buka baju ke, biarlah dia.

“Doa yang baik-baik, tak payah cakap buruk. Nasihat boleh tapi jangan sampai menghina. Boleh jadi dia lagi baik daripada kalian bila berubah di masa hadapan nanti,” katanya menerusi siaran langsung dalam TikTok.

“nasihat boleh tapi..,” fatin afeefa titip pesan buat netizen yang suka judge

Tambah beliau lagi, memakai tudung bukan satu kewajipan paling utama sebaliknya menutup aurat dengan sempurna.

 

“Pakai tudung tidak wajib tetapi tutup aurat itu wajib. Tak kisah la nak pakai apa pun janji menutup aurat, tak nak pakai tudung, nak pakai baldi nampak muka pun boleh.

“Kena banyak belajar balik. Saya tidak cakap diri saya baik tetapi kesal bila orang cakap pakai tudung wajib padahal balut badan macam nangka, pakai baju nampak punggung.

“Sebab tu ada segelintir orang pemahaman dia pakai tudung wajib, tak ada pemahaman yang betul pasal aurat. Kalau kalian rasa betul, betul la tetapi kalau pakai tudung wajib jadi boleh la pakai turban nampak leher,” soal Fatin.

 

Terdahulu, pelakon, Mawar Rashid mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

 

Sumber: Tiktok / Kosmo!