Selalu Jadi Mangsa Fitnah, Fatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Nyanyi

Pelakon, Fatin Afeefa baru-baru ini telah mengadakan satu siaran live di Tiktok miliknya.

selalu jadi mangsa fitnah, fatin afeefa umum berhenti berlakon & nyanyi

Dalam siaran live itu, Fatin mengakui akan berhenti berlakon dan menyanyi selepas tidak tahan lagi menjadi mangsa fitnah.

 

Fatin Afeefa juga dilihat menangis sehingga tersedu-sedan kerana tidak dapat menahan lagi sebak di dada. Malah katanya, kehidupannya yang dahulu lebih gembira meskipun hidup dalam serba kekurangan sehingga terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakan untuk membeli susu anak.

selalu jadi mangsa fitnah, fatin afeefa umum berhenti berlakon & nyanyi

“Tak tahu nak buat apa… senyum salah, tak senyum salah. Kaya salah, miskin saja tak salah. Sebab dulu I miskin happy, semua orang happy. I tengah tak ada duit, pinjam duit orang.

“Semua orang happy masa I tak ada duit… pinjam duit orang nak beli susu anak. Semua orang happy. Semua orang nak tengok I macam ni. Korang dah dapat apa korang nak,” kata Fatin yang tidak henti menangis.

 

Tambahnya, selama 10 bulan beliau tidak aktif dalam dunia seni adalah kerana mahu memberikan fokus kepada perniagaan demi membayar yuran persekolahan anaknya.

selalu jadi mangsa fitnah, fatin afeefa umum berhenti berlakon & nyanyi

“Yang penting saya tak ambil duit orang, tak kacau sesiapa. Saya tak post video perli-perli di TikTok. Nak kata saya curi job, saya dah tak berlakon 10 bulan.

“Saya fokus buat bisnes, nak bayar duit sekolah anak saya. Kalau siapa follow live I tahu I tak borak fasal orang lain… tak mention nama pun. I buat hal I, cuma fokus macam mana nak bagi makan anak I,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Fatin memberitahu dia kini sudah tidak mahu meneruskan lagi kerjayanya dalam bidang lakonan dan nyanyian.

 

Terdahulu, Fatin menjawab tuduhan bekas suami yang mendakwa anaknya, Arrian adalah anak luar nikah disifatkan sebagai melampau. Malah kata Fatin, bekas suaminya itu sengaja mencetuskan perkara itu selain culas dalam memberi nafkah.

 

Sumber: Youtube