“Kini Kami Dah Jumpa Suami Yang Tepat”, Fasha, Nora Lupakan Sengketa

Pelakon, Fasha Sandha dan Nora Danish akui sebenarnya mereka berdua sudah lama kembali berbaik dan kini mahu melupakan segala sengketa yang pernah terjadi antara mereka.

“kini kami dah jumpa suami yang tepat”, fasha, nora lupakan sengketa

Malah, mereka turut meluahkan rasa syukur kerana pengalaman lalu mengajar mereka erti kehidupan dan kini masing-masing sudah berjumpa dengan ‘the right man’ (suami yang tepat).

 

“Kami bersyukur kerana pengalaman itu, masing-masing kini sudah berjumpa dengan ‘the right man’ (suami yang tepat).

“Apa yang pernah berlaku antara kami dahulu, tidak lagi penting. Kami pun sudah semakin dewasa dan punya anak-anak.

“Anak kami adalah adik-beradik. Jadi kami semua adalah satu keluarga. Kami juga bersyukur, kerana pengalaman itulah, masing-masing sudah berjumpa dengan lelaki yang tepat,” kata Fasha.

 

Menurut Nora, perbalahan yang pernah terjadi antara dirinya dan Fasha ada hikmahnya dan kini membuatkan mereka lebih matang dan berfikir secara rasional.

 

“Apa yang penting, perkara yang terjadi dahulu membuatkan kami menjadi lebih matang dan boleh berfikir secara rasional.

“Pengalaman lalu turut mengajar kami untuk menjadi lebih dewasa. Kami juga tidak menolak untuk berlakon bersama-sama selepas ini.

“Lagi pun kami berbaik secara semula jadi tanpa dirancang atau atas nasihat daripada sesiapa,” jelas Nora dan Fasha.

 

Mengulas lanjut, hubungan Fasha dan Nora kembali jernih selepas Nora mengikuti akaun Instagramnya sebelum ini.

“kini kami dah jumpa suami yang tepat”, fasha, nora lupakan sengketa

“Nora ‘follow’ saya dalam Instagram. Saya jadi terfikir sama ada nak ikut dia balik atau tidak. Selama dua minggu juga saya fikir.

“Tapi saya nampak keikhlasan dan kebaikan hati Nora. Kami ada berkomunikasi dalam Instagram, sebelum menjadi rapat dan berbaik semula secara semula jadi,” kata Fasha.

 

Terdahulu, hubungan mereka pernah menjadi tegang selepas Fasha dituduh menjadi punca keruntuhan rumahtangga antara Nora dengan bekas suami, Jejai atau Datuk Rizal Ashram Ramli. Hasil perkongsian hidup selama dua tahun, Nora dan Jejai telah dikurniakan seorang cahaya mata.

 

Selepas Nora dan Jejai berpisah pada 2008, lelaki itu kemudian berkahwin dengan Fasha pada 2021 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, namun akhirnya berpisah jua pada 2016.

 

Fasha kemudian berkahwin dengan pelakon, Aidil Aziz pada 2019 dan dikurnia seorang cahaya mata, sementara Nora pula berkahwin dengan Nedim pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

 

Sumber: Kosmo! / Instagram