Pelakon, Fasha Sandha, 39, menolak dakwaan semakin seksi selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram.
Menurut Fasha, dia sekadar memakai semula pakaian lama sebelum berat badannya naik dahulu.
Malah, ujar pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, beliau dan suami mempunyai perancangan untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata lelaki tahun hadapan.
Menurutnya, hasrat suaminya untuk mempunyai anak itu terpaksa ditangguhkan tahun hadapan kerana Fasha kini sedang sibuk dengan penggambaran.
"Insya-Allah, saya merancang menambah seorang lagi cahaya mata, tahun depan. Suami minta tahun ini, tetapi komitmen tidak membenarkan saya untuk hamil.
"Suami sebenarnya nak sangat anak lelaki, supaya anak-anak jadi dua pasang.
"Saya sudah ada dua anak perempuan dan seorang anak lelaki, jadi eloklah jika kami menambah seorang lagi anak bayi lelaki," katanya.
Terdahulu, Fasha kini kelihatan ramping selepas menurunkan berat badan selama lebih lapan bulan. Beliau hanya menjamah dua sudu nasi dan ikan sebagai sumber protein, selain mengamalkan produk makanan tambahan sepanjang proses menurunkan berat badan ini.
Sumber: BH