Fasha Sandha Jawab Tuduhan Makin Galak Menari Sejak Ramping

Pelakon, Fasha Sandha kini semakin mencuri perhatian ramai khususnya para peminat kerana dikatakan semakin ramping dengan tubuh menawan.

ini respon fasha sandha bila disamakan dengan anak patung barbie

Baca: Fasha Sandha Nafi Lebih Seksi Lepas Turun 18kg, Rancang Tambah Anak Tahun Depan

 

Pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 39, bagaimanapun menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya kini terlalu menggeletis menari disebabkan tubuhnya yang semakin ramping itu.

 

Untuk itu, beliau memberikan bukti dalam bentuk video yang dia sudahpun menari sejak dari dulu lagi tanpa mengira saiz tubuh badannya ketika itu.

fasha sandha jawab tuduhan makin galak menari sejak ramping

“Semalam ada beberapa komen mengatakan apabila sudah kurus saya terus berjoget. Video membuktikan daripada zaman berisi atau bulat saya tetap berjoget.

“Tetap bahagia dan gembira dulu dan sekarang. Jadi, fakta yang mengatakan saya berisi terus berbeza itu tidak tepat ya.

“Saya tetap sama. Kalau sister (kakak) ada masalah hati, mungkin tidak berapa suka dengan pencapaian saya,” katanya dalam hantaran Instagram.

 

Pelakon berasal dari Johor itu mengakui lebih suka jadi diri sendiri, selain berharap tiada sesiapa menilai sesama manusia.

 

“Malu pada keluarga mentua? Kenapa? Sebab berjoget?

“Pada saya tidak perlu malu untuk jadi diri sendiri. Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik tetapi bersifat munafik serta hipokrit.

“Tiada sesiapa pun sempurna di dunia ini. Tiada siapa layak untuk menghakimi sesiapa pun,” ujarnya lagi menjawab kepada soalan dari peminat.

fasha sandha jawab tuduhan makin galak menari sejak ramping

Malah, Fasha turut berkata dia adalah seorang yang periang dan tidak kisah apa jua bentuk badannya, dia akan tetap joget.

 

“Seketul Fasha Sandha adalah manusia yang sentiasa gembira tidak kira gemuk atau berisi saya tetap joget.

“Tiada masa untuk sunting gambar atau video mahu jadikan saya kurus dalam foto atau video,” katanya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

 

Sumber: Instagram Fasha Sandha