Pasang Impian 2024 Nak Anak Lelaki, Fasha Sandha Rancang Buat IVF

Menjelang tahun baharu 2024, pelakon, Fasha Sandha sudah memasang impiannya untuk tahun hadapan iaitu ingin mempunyai seorang lagi anak bersama suami, Aidil Aziz.

pasang impian 2024 nak anak lelaki, fasha sandha rancang buat ivf

Menurut pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 39, beliau merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) kerana mengimpikan untuk mendapat anak lelaki.

 

“Memang kami merancang begitulah kerana mahu terus pilih jantina. Namun, belum tahun lagi kerana itu semua kerja Allah kami hanya merancang.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku sebab belum berjumpa dengan doktor lagi. Selepas selesai penggambaran drama Malang Si Puteri pada Februari tahun depan barulah saya akan berjumpa doktor.

 

“Saya akan pastikan semua komitmen lakonan selesai barulah saya boleh fokus untuk menambah anak,” ujar Fasha.

pasang impian 2024 nak anak lelaki, fasha sandha rancang buat ivf

Ekoran itu, Fasha juga bersedia memperlahankan kerjaya lakonan buat sementara waktu, dengan mendapat sokongan daripada suami.

 

“Jika buat IVF memang perlu perlahankan kerjaya lakonan kerana berlakon agak memenatkan terutama pada trimester pertama lagi perlu berjaga-jaga.

“Kami memang inginkan anak lagi, itu adalah salah satu impian untuk tahun 2024, tetapi semuanya atas kuasa Allah,” kata Aidil.

 

Malah, anak bongsu mereka, Aisha Amaira, 3, juga dikatakan sudah bersedia untuk menjadi kakak memandangkan beliau amat sukakan bayi.

 

Untuk info, Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira, yang kini berusia 3 tahun.

 

Sebelum itu, Fasha yang pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli, atau lebih dikenali dengan panggilan Jejai, pernah dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.

pasang impian 2024 nak anak lelaki, fasha sandha rancang buat ivf

Sumber: HIB Glam