Ini Respon Fasha Sandha Bila Disamakan Dengan Anak Patung Barbie

Pelakon, Fasha Sandha dikatakan telah disamakan dengan anak patung Barbie kerana memiliki rupa paras yang cantik dengan bentuk tubuhnya yang kurus.

ini respon fasha sandha bila disamakan dengan anak patung barbie

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkata, masih jauh beza untuk membuat persamaan seperti itu meskipun beliau akui badannya kini terasa lebih ringan untuk bekerja.

 

“Tidaklah sampai kelihatan seperti Barbie. Sekarang badan rasa lebih ringan untuk bekerja,” katanya.

 

Fasha berkata, sejak Oktober lalu beliau sudah menjalani diet ketat hingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram.

 

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini turut berkata, penurunan berat badan juga salah satu cara untuk mengelakkan dirinya dari menghidap pelbagai penyakit.

ini respon fasha sandha bila disamakan dengan anak patung barbie

“Saya sedar mengenai komen yang minta jangan kurus sangat, nanti nampak sakit. Ada juga yang ketika jumpa saya, mereka risau dan bertanya kenapa kurus, ada penyakit ke? Sejujur­nya saya tidak sakit pun,” ujarnya.

 

Fasha berkata lagi, beliau ‘dipaksa’ pihak produksi untuk mendapatkan berat badan yang lebih kurus sebelum menjayakan satu watak dalam sebuah drama tempatan.

 

Terdahulu, Fasha sering menjadi perhatian ramai kerana dilihat memiliki bentuk badan yang langsing dan disamakan dengan watak Barbie.

 

Sumber: Kosmo!