Ngeri! Tulang Mata Patah, Bebola Mata Fasha Sandha Berdarah Masa Sedang Berlakon

Pelakon, Fasha Sandha dilapor mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika sedang berlakon di sebuah set penggambaran.

ngeri! tulang mata patah, bebola mata fasha sandha berdarah masa sedang berlakon

Menerusi update yang dibuat di Instagram, pelakon itu mengalami kecederaan yang menyebabkan mata serta kepalanya terhentak pada bucu katil tajam. Akibat dari itu, tulang mata kirinya patah, serta bebola matanya berdarah dan bengkak.

 

Akibat kecederaan itu, Fasha mendapatkan rawatan di sebuah hospital pakar di Johoh Bahru dan akan dipindahkan ke hospital pakar di Kuala Lumpur selewatnya pada esok pagi (3 Mac).

 

“Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya.

“Saya yakin kakak kuat. Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan keluarganya. Kata kakak, tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita,” demikian menerusi update di Instagram pelakon itu.

ngeri! tulang mata patah, bebola mata fasha sandha berdarah masa sedang berlakon

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

 

 

@nurfashasandha

Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering, Disini sy ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya. Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran drama Anak tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam). Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan dan sedang dirawat di Hosp pakar di Johor Bahru. Insyaallah akan berpindah ke Pakar KL petang ni atau esok pagi. Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak. Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Sy yakin kakak kuat. Pihak produksi telah memohon maaf diatas perkara ini kepada Kakak dan keluarganya. Kata kakak, Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita.. Insyaallah sy akan update lagi perkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih

♬ Astagfirullah Robbal Baroya - Maria Ulfah Elkamiel

 

Sama-sama kita doakan agar Fasha Sandha segera kembali pulih.

 

Sumber: Instagram