Farid Kamil Tawar Pendamaian Berjumlah RM319,700 Pujuk Isteri

Pelakon, Farid Kamil tampil membuat tawaran pendamaian untuk memujuk isterinya, Diana Danielle sebagai cara untuk menyelamatkan keluarga dan rumah tanganya.

farid kamil tawar pendamaian berjumlah rm319,700 pujuk isteri

Menurut laporan, tawaran berjumlah RM319,700 itu merangkumi beberapa aset termasuk kereta mewah, barang kemas dan wang pendahuluan nafkah.

 

"Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran pendamaian sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

"Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700.00 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami," katanya kepada selepas proses sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.

 

Tawaran itu berupa sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000.00; barangan kemas bernilai RM10,700.00; wang pendahuluan nafkah (Mac – Jun 2023) bernilai RM40,000.00; Bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.00.

 

Terdahulu, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Farid bagaimanapun enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

 

Sumber: Gempak

Foto: Kosmo! Online