Dihalang Jumpa Anak, Farid Kamil Persoal Kenyataan Isteri Yang Anaknya Trauma

Pelakon, Farid Kamil ketika ini hanya mampu menanggung rasa rindu selepas hampir sebulan tidak berjumpa dengan anak-anak kerana dihalang oleh isteri, Diana Danielle.

dihalang jumpa anak, farid kamil persoal kenyataan isteri yang anaknya trauma

Farid, 42, berkata dia hanya mampu berkongsi rasa sedih dalam diri berkaitan dengan kemelut rumah tangganya kepada Allah SWT.

 

Mengulas dakwaan Diana mengenai anak perempuannya, Nur Aurora, 8, yang mengalami trauma, Farid berkata dia tidak tahu mengenainya malah mempersoalkan mengapa perkara itu berlaku.

 

“Dalam situasi begini, jika itu kenyataan (Diana) bahawa Aurora trauma, saya pun ada gambar terkini dengan anak perempuan.

“Apa yang dia trauma? Selama 24 hari itu, tiada sebab kukuh diberitahu mengapa saya tak dibenarkan bertemu dengan anak-anak, kena tanya Diana sendiri.

“Saya pun tak faham. Adakah saya telah menyinggung perasaan dia kerana bertanya satu soalan peribadi? Saya pun tak tahu.

“Kena tanya Diana sendiri mengapa dia tak beri saya jumpa anak-anak,” ujar Farid.

dihalang jumpa anak, farid kamil persoal kenyataan isteri yang anaknya trauma

Pun begitu, Farid enggan mengulas lebih banyak mengenai kemelut rumah tangganya ini bagi menjaga aib semua pihak.

 

Terdahulu, pasangan berkenaan dinasihatkan untuk berdamai bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka pada prosiding perlantikan Jawatankuasa Pendamai.

 

Sumber: Kosmo! Online