Farid Kamil Bawa Bunga Ke Mahkamah Mahu Berdamai Dengan Diana Danielle

Pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dengan membawa sejambak bunga.

farid kamil bawa bunga ke mahkamah mahu berdamai dengan diana danielle

Menurut pemilik nama sebenar Farid Kamil Zahari, bunga itu dibawa untuk isterinya, Diana Danielle sebagai tanda pendamaian pertama.

 

“Bunga ini untuk Diana tanda pendamaian pertama,” katanya sebaik tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi.

Hari ini, 28 Mac 2023, Farid Kamil akan memaklumkan kepada mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

 

Terdahulu, Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq (perbalahan berpanjangan), dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami dan isteri.

 

Farid bagaimanapun enggan melafazkan cerai terhadap Diana, sebelum kes dirujuk kepada JKP.

 

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

 

Sumber: Kosmo! / BERNAMA