Diana Danielle dan Farid Kamil Sah Bercerai Menerusi Aplikasi Google Meet

Konflik rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danille akhirnya menemui penyelesaian hari ini.

diana danielle dan farid kamil sah bercerai menerusi aplikasi google meet

Farid yang tidak hadir di mahkamah, melafazkan cerai talak satu terhadap Diana secara dalam talian (Google Meet) di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof.

 

Lafaz cerai terpaksa dibuat secara dalam talian dibuat susulan ketidakhadiran Farid di mahkamah hari ini kerana masalah kesihatan.

 

 

Farid dikatakan mengalami masalah kesihatan disebabkan pasca jangkitan Covid-19 yang dialaminya pada bulan lalu.

 

Terdahulu, konflik rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

diana danielle dan farid kamil sah bercerai menerusi aplikasi google meet

Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.

 

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora kini berusia lapan tahun.