Stres Baca Berita Masalah Rumah Tangga, “Macam Mana Saya Nak Kahwin?” – Farahdhiya

Penyanyi dan juga pelakon, Farahdhiya mengakui berasa stres dan tertekan setiap kali terbaca berita tentang masalah serta keganasan rumah tangga, khususnya melibatkan golongan selebriti sejak akhir-akhir ini.

stres baca berita masalah rumah tangga, “macam mana saya nak kahwin?” – farahdhiya

Menurut pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohd. Amin, 38, disebabkan enggan fikirannya terganggu, jadi dia mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif di media sosial bagi mengelakkan dari membaca berita sebegitu.

 

Disebabkan berita seperti keganasan rumah tangga yang sering dilaporkan media, sedikit sebanyak membuatkan Farah berasa takut untuk mendirikan rumah tangga.

stres baca berita masalah rumah tangga, “macam mana saya nak kahwin?” – farahdhiya

“Saya akui sekarang memang kurang ‘bermain’ media sosial. Saya banyak mengikuti berita yang sejak akhir-akhir ini melaporkan kisah yang tidak seronok untuk dibaca.

“Sebagai contoh kemalangan dan keganasan rumah tangga. Bila baca berita-berita sebegitu, saya berasa agak tertekan. Emosi jadi terganggu. Saya pun tidak tahu kenapa,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

 

Ujarnya lagi, banyak perkara yang tidak sihat yang ada di media sosial untuk dibaca, lantas menggangu ketenteraman emosi serta jiwanya.

 

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati ini belum pernah mendirikan rumah tangga kerana katanya 90 peratus lelaki yang cuba mendekatinya sebelum ini adalah suami orang. Farah berprinsip tidak akan berkahwin dengan suami orang, selain menolak untuk dijadikan isteri kedua kepada sesiapa.

 

Sumber: Kosmo!