Farah Ann Sedia Masuk Dunia Lakonan Andai Diberi Peluang, “Ingin Cuba Watak Aksi..”

Bekas ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi sedia untuk berlakon andai dirinya diberi peluang sedemikian.

farah ann sedia masuk dunia lakonan andai diberi peluang, “ingin cuba watak aksi..”

Menerusi satu sesi temubual, Farah berkata beliau tidak menolak andai diberi peluang untuk menghiasi kaca televisyen suatu hari nanti.

 

Gadis berusia 29 tahun ini berkata, jika diberi peluang beliau ingin membawa watak aksi kerana pengalamannya sebagai atlet gimnastik mungkin boleh dipergunakan.

farah ann sedia masuk dunia lakonan andai diberi peluang, “ingin cuba watak aksi..”

“Ya saya akan terima. Saya kini ingin menuju ke bidang lakonan kerana saya ingin mencubanya.

“Saya rasa saya ingin cuba watak aksi kerana, saya kan seorang atlet gimnastik, jadi saya boleh lakonkan pelbagai skills dalam watak yang saya akan lakonkan.

“Saya juga boleh membuat stunt sendiri. Bagaimanapun, saya ingin cuba pelbagai watak yang diberikan,” kata Farah Ann.

 

Untuk info, Farah Ann merupakan antara atlet gimnastik artistik negara paling berjaya dengan menggondol tujuh emas dalam Sukan SEA iaitu Singapura 2015 dengan dua emas, KL 2017 (dua) dan Manila 2019 (tiga pingat emas).

farah ann sedia masuk dunia lakonan andai diberi peluang, “ingin cuba watak aksi..”

Beliau juga mencipta sejarah muncul gimnas ketiga negara menempah Sukan Olimpik di Tokyo selepas Ng Shu Wai beraksi pada Sukan Olimpik 2004 di Athens dan Au Li Yen di Sydney 2000.

 

Sumber: Remaja