Lepas Kereta Mewah, Ezzanie Jasny ‘Aim’ Nak Beli Rumah, “Tak Salah Berangan-Angan..”

Pelakon, Ezzanie Jasny kini semakin menjadi sebutan selepas drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan di Astro menjadi tontonan ramai.

ezzanie jasny luah rasa syukur mampu miliki kereta idaman pada usia muda

Selepas berjaya memiliki kereta mewah jenis Mercedez-Benz A180, pemilik nama sebenar Nur Ezzanie Sherazade Jasny berkata beliau menyasarkan untuk memiliki rumah sendiri dan akan bekerja lebih keras untuk itu.

ezzanie jasny luah rasa syukur mampu miliki kereta idaman pada usia muda

Baca: Ezzanie Jasny Luah Rasa Syukur Mampu Miliki Kereta Idaman Pada Usia Muda

 

“Syukur kereta idaman saya sudah dapat, sekarang saya kena kerja lebih kuat lagi untuk ada rumah sendiri, itu merupakan impian terbesar saya selepas memiliki kereta. Sekarang belum lagi tapi tengoklah tahun depan, insya-Allah

“Setakat ini dah dapat apa yang saya nak. Jadi, saya kerja dulu simpan apa yang patut, kalau ada rezeki untuk saya miliki rumah saya cubalah. Tak salah kita beranggan-angan, itu yang buat kita lebih bersemangat bekerja.

“Lagipun bukan untuk orang lain, untuk bekalan saya dan keluarga untuk masa depan,” katanya.

 

Beliau juga akui adalah seorang yang jenis kuat bekerja dan bukannya manusia yang duduk diam. Disebabkan itu, selain berlakon, Ezzanie juga ada menceburkan diri dalam perniagaan studio fotografi.

lepas kereta mewah, ezzanie jasny ‘aim’ nak beli rumah, “tak salah berangan-angan..”

“Saya memang jenis wanita kuat bekerja. Saya kena kerja sebab jenis manusia tak boleh duduk diam, bukan sahaja berlakon tapi saya juga ada perniagaan studio fotografi yang saya uruskan.

“Waktu muda ini lah kita patut pulun habis-habisan untuk ada aset sebagai persediaan hari tua kelak. Kena ada impian untuk memiliki sesuatu. Bagi saya bila ada impian berharga, saya dapat motivasi untuk bekerja.

“Saya juga ada perancangan, mungkin saya akan ambil cuti panjang sikit bagi menguruskan perniagaan. Kemudian kembali berlakon. Memang banyak perancangan saya, moga-moga dipermudahkan,” katanya lagi.

 

Sumber: Kosmo!