Ezzrin Loy Akui Kurang Selesa Video Dia Bersama Sharifah Rose Tular

Pelakon, Ezzrin Loy akui berasa kurang selesa apabila video yang memaparkan dirinya sedang turun dari eskalator bersama rakan pelakon, Sharifah Rose, yang dirakam secara sembunyi telah menjadi tular.

ezzrin loy akui kurang selesa video dia bersama sharifah rose tular

Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Ezzrin Loy, 26, beliau berkata video itu mempunyai privasi yang bukan sahaja untuk dirinya malah membabitkan banyak pihak.

 

Malah, ketika itu mereka bukannya keluar berdua sebaliknya bersama seorang lagi rakan.

 

"Kami baru habis makan tengahari bersama rakan selepas pulang bermain golf. Cuma, saya kurang selesa apabila video ini diambil secara sembunyi dan ditularkan.

"Ia membabitkan privasi orang lain, jadi rasanya tak perlu disebarkan. Banyak lagi isu lain lebih penting daripada cerita turun eskalator," katanya.

ezzrin loy akui kurang selesa video dia bersama sharifah rose tular

Tambahnya lagi, beliau akui selesa berkawan baik dengan pelakon cantik itu, dan sudah lama berkawan dengan beliau sejak bergelar penuntut lagi.

 

"Saya tak boleh cakap lebih kerana ia membabitkan soal peribadi orang lain. Lagipun, kalau nak keluarkan apa-apa kenyataan saya kenalah dapatkan keizinan Rose dan ibu bapanya terlebih dulu.

"Sebenarnya apa saja hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, itu adalah situasi terkini saya. Saya akan muat naik semua foto mereka yang rapat dan istimewa dalam hidup saya.

"Sama macam orang lain juga, setiap foto dimuat naik tentunya ada nilai sentimental tersendiri," katanya lagi.

dah bertudung sejak usia 15 tahun, sharifah rose tak terfikir kembali ‘free hair’

Baca: Dah Bertudung Sejak Usia 15 Tahun, Sharifah Rose Tak Terfikir Kembali ‘Free Hair’

 

Sumber: HMetro