Erra Fazira Akui Besarkan Seorang Anak Perempuan Penuh Cabaran, “Emosi Tak Menentu..”

Penyanyi dan pelakon hebat tanah air, Erra Fazira akui membesarkan seorang remaja perempuan adalah sangat mencabar, tambah pula dengan statusnya sebagai ibu tunggal.

erra fazira akui besarkan seorang anak perempuan penuh cabaran, “emosi tak menentu..”

Menurut pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, 50, beliau kini faham dengan perumpamaan yang mengatakan membesarkan 10 orang anak lelaki adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan membesarkan seorang anak perempuan.

 

Ujarnya, dia perlu memantau lebih anaknya itu kerana risau jika mereka tersilap langkah, tambah pula pada usianya kini peringkat remaja, 15 tahun.

 

"Sekarang ini memang akui agak mencabar membesarkan anak perempuan yang semakin membesar. Selepas melaluinya sendiri baru saya sedar mengenainya.

"Anak perempuan ini kena bermain dengan emosi yang kadang-kadang tidak menentu, memang sangat perlu bersabar dan tipulah kalau tak rasa pelik kadang-kadang.

"Ini merupakan proses normal bila saya bertanya kepada ibu yang lain, inilah yang saya perlu tempuh lagi pun saya tak berikan kebebasan sepenuhnya buat anak saya, saya akan pantau begitu juga bapa dia," kata beliau.

erra fazira akui besarkan seorang anak perempuan penuh cabaran, “emosi tak menentu..”

Untuk info, Erra pernah mendirikan rumahtangga bersama Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.

 

Erra dan Engku Emran bagaimanapun berpisah pada 18 Feb 2014.

 

Sumber: HMetro