Anak Dah Umur Setahun Lebih, Ernie Zakri Belum Rancang Tambah Zuriat Lagi

Penyanyi, Ernie Zakri belum mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata, sebaliknya mahu memberi fokus kepada anak sulungnya, Nur Khawla Soleha yang kini berusia 17 bulan.

anak dah umur setahun lebih, ernie zakri belum rancang tambah zuriat lagi

Menurut Ernie, beliau bagaimanapun menyerahkan soal cahaya mata kepada rezeki, selain ingin kembali fokus kepada kerjaya nyanyian selepas lama berehat selepas bersalin.

 

"Apa pun semuanya adalah rezeki kerana kalau saya kata tak bersedia… tup tup. Apa yang saya boleh katakan saya nak tengok Khawla membesar terlebih dahulu sebab dia sangat manja.

"Apatah lagi, kerjaya saya pun baru bermula semula, sebelum saya saya berpantang agak lama lebih kurang enam bulan. Masa mengandung pun saya tak bekerja sangat.

"Jadi, saya dan Syamel ambil keputusan untuk membesarkan Khawla terlebih dahulu. Kalau ada rezeki tu ada dan saya tidak menolak," kata Ernie.

anak dah umur setahun lebih, ernie zakri belum rancang tambah zuriat lagi

Ernie juga berkata, beliau tidak terlalu kerap berkongsi gambar anaknya itu di media sosial, meskipun anaknya sudah mempunyai akaun Instagram sendiri,

 

"Saya sendiri yang pegang akaun Instagram tu, jadi saya tak terbuka untuk terlalu dedahkan selalu. Tengok keadaan kalau saya rasa gambar tu comel barulah saya akan post, tetapi tidak terlalu kerap.

"Cuma, setiap ibu bapa itu ada pandangan mereka masing-masing. Ada yang tak kisah nak post selalu pasal anak dan mungkin itu yang membuatkan mereka gembira dan bahagia," katanya.

 

 

Sumber: HMetro