Pelakon, Emma Maembong telah membuat kejutan pada suaminya yang kini dia sedang hamil cahaya mata kedua.
![emma maembong buat surprise kini hamil anak kedua [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/emma-anak-dua-640.png)
Menerusi video di Instagram, Emma Maembong pada mulanya berpura-pura mengajak suami, Muhammad Shazli Azhar kononnya untuk rakaman video iklan produk.
Namun selepas memulakan video, suaminya terkejut apabila melihat alat ujian kehamilan dalam kotak itu hinggakan dia hilang kata-kata apabila mendapat berita gembira itu dari isterinya.
![emma maembong buat surprise kini hamil anak kedua [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-02-15-at-4-17-09-pm.png)
Emma dan suami juga dilihat terharu dengan perkhabaran ini dan saling berpelukan kerana tidak menyangka dikurniakan cahaya mata kedua.
![emma maembong buat surprise kini hamil anak kedua [video]](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/screenshot-2023-02-15-at-4-17-22-pm.png)
Terdahulu, Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga bersama Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Shariq Arshan Gabriel pada 8 November 2020.
Sumber: Instagram Emma Maembong