Elly Mazlein Nafi Mengandung, Bukan Gimik Tinggalkan GegarVaganza 10

Pengacara, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein menafikan penarikan dirinya daripada program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) adalah kerana sedang hamil.

elly mazlein nafi mengandung, bukan gimik tinggalkan gegarvaganza 10

Menurut beliau yang lebih mesra dengan panggilan Kak Lina menyatakan, pengunduran dirinya daripada mengacarakan program berkenaan bukan gimik semata-mata.

elly mazlein nafi mengandung, bukan gimik tinggalkan gegarvaganza 10

Sebaliknya, keputusan itu adalah muktamad dan ia adalah kemahuan dirinya sendiri.

 

"Sayang, ini bukan salah Astro, ini semua bukan gimik seperti Nabil Ahmad cakap.

"Inilah kenyataan di mana Kepom (Kak Lina) sudahpun tinggalkan GV buat selama-lamanya.. Ya .. tiada lagi.. cukup.. Ini semua keputusan Kepom sendiri," katanya.

elly mazlein nafi mengandung, bukan gimik tinggalkan gegarvaganza 10

Menurut pemilik nama sebenar  Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 42, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua khususnya para peminat yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

 

"InsyaAllah kita jumpa di lain rancangan di Astro nanti, di GV sahaja Kepom tiada," ujarnya.

elly mazlein nafi mengandung, bukan gimik tinggalkan gegarvaganza 10

Terdahulu, Astro dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Elly Mazlein tidak lagi bersama keluarga besar Gegar Vaganza atas isu peribadi.

 

Sumber: Instagram